Wednesday 22 July 2015

KEHILANGAN


KEHILANGAN

9 bulan ku menumpang dalam rahim mu.. ku dibesarkan, dididik, disekolahkan....

sehingga 24 Januari 2012 Allah menjemput mu. Kami tahu mama bahagia di sana menemui Sang Pencipta mu yang meminjamkan sementara kepada kami. Kami Redha atas takdir yang tiada mampu menolaknya. Inilah yang terbaik buat kami sebagai anak. Mati itu permulaan kehidupan abadi dan hakiki.

_________________________________________________________________________

Kehilangan itu adalah ujian. Allah hilangkan sesuatu, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih indah. Tak terbayang dek minda ~

Innalillahi wainailaihi rojiun . Al-Fatihah.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin :')

Wednesday 8 July 2015

Biarlah....



Bismillahirahmannirahim...

Wahai Tuhanku
Andai aku tidak mampu memberi manfaat pada orang lain,
Jangan Kau biarkan aku menghancurkan hidup orang lain :'(

Jika aku tidak mampu memberi apa-apa pada orang lain,
Jangan pula kau jadikan aku manusia yang banyak meminta-minta pada mereka

Wahai Tuhan yang mencipta rohku,
Kau jadikanlah aku insan yang menerima tanpa melupakan sama sekali

Ya Allah,
Engkau yang mencipta roh ku,
Engkau yang berhak ke atas diriku, jasad ku, hidup dan mati ku...
ku serah hidpuku di tangan MU
Aku meredhai jalan hidupku selama itu adalah jalan redhaMu.

Innalillahi wainnalilaihi rojiun :'( :'( :'(

Saturday 31 August 2013

SELAMAT HARI MERDEKA


SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA KE-56  !!!

Jiwa merdeka, jiwa yang tenang...
jiwa yang bebas dari mengharap penghargaan manusia, 
hanya mengharap keredhaan Pencipta.




Merdeka diri dari dibelenggu nafsu yang tidak jemu datang membelenggu. 
Itulah merdeka sebenar pada diri.



Kepada anggota-anggota keselamatan....
terima kasih kerana menjaga keselamatan negara dari dulu hingga sekarang.
Bagi mereka yang telah terkorban demi negara , mereka lah PERWIRA NEGARA
Semoga Allah sentiasa melindungi kita dimana saja berada





Semoga Allah terus memberikan kesejahteraan kepada kita semua.
Teruskan berdoa yang baik-baik ya

Jangan lupa berdoa untuk saudara-saudara kita yang hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan

#merdeka56  #MySyg  #pray4egypt





Tuesday 20 August 2013

Perasaan. Mana boleh dipaksa.
Biarkan terpendam dalam doa yang tersembunyi.
Sampai satu masa Allah akan tunjuk siapa lebih layak.



#teruskan berdoa :')

Friday 9 August 2013

Ramadhan Yang Hilang, Anugerah Syawal


Ramadan penuh nikmat kerana kita belajar berlapar dan menahan keinginan kerana Allah. 

Hari raya nikmat kerana janji Allah untuk keampunan. Kita mendapat nikmat yang tidak di sangka-sangka.




Ramai terlalu ghairah menanti Syawal hingga terlupa akan berlalunya Ramadhan. Aku suka Ramadhan. Tenang apabila menjelang malam. Ramadhan, terlalu ramai manusia berlumba-lumba menambah dan memperbaiki amalan. Alhamdulillah. Berharap ianya berterusan sampai akhir hayat. Di saat kita bergembira menikmati suasana hari raya, ingatlah pada mereka yang berduka, yang menyambut Syawal serba kekurangan. Salam Aidilfitri.





"Waktu paling seronok dan bahagia ialah apabila dapat meluangkan waktu bersama ahli keluarga."

Meriah,riuh,gelak ketawa bersama keluarga,pakcik, makcik, sepupu2 memang best gila2..hilang penat memanik 2,3 hari sebelum raya tidak tidur. Syukur alhamdulillah kesihatan amat baik raya kali ini...mata nada la jadi panda huhuhu

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua blogger dan blogging..... =)



raya ke2
hujan penuh rahmat...syukur alhamdullillah

mood: suka hujan


Saturday 3 August 2013

ROH DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum...
Hanya sekadar renugan di bulan Ramadhan
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, 

Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...

Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

 
Roh di Bulan Ramadhan 

Pagi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku mendengar satu majlis ilmu yang membincangkan tentang 

amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan 

roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini)..

menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk 

kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang 

adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. 

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di 

penjara di Luh Mahfuz.


Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk 

melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka 

mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah 

untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan 

mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh 

mereka2 yang masih hidup.


Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. 

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah 

bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.


Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada 

kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus 
ia semua 
hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. 

# andaiku ada mama lagi...ingin sekali ku ucapkan...
"Izinkan aku menjadi hati mu mama, agar saat engkau merasakan kesedihan, aku lebih dahulu merasakannya"

Al-Fatihah~

Saturday 27 July 2013

terima seadanya

Setiap orang ada sisi gelapnya. Setiap orang ada masa silam yang tidak bergemerlapan. Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Itu tandanya kita manusia biasa. Kesilapan akan tetap menghampiri kita. Kesalahan akan terus menghantui kita. Tetap ingat. Setiap manusia boleh berubah. Malah boleh berubah ke arah yang terbaik. Jika kita terlalu memandang masa silamnya yang kelam, kita tidak akan nampak sinarnya hari ini. Lupakan kisahnya yang lalu, lihatlah dia pada hari ini. Itu yang membezakan kita.

Photo: “And He [Allah] found you lost, and guided [you]” [Ad-Dhuha, 93:7]

I was very inspired by this verse from the Quran so I grabbed my Colour Pastels & Sketchbook and made this.

The moment you are freezing cold, let His rahmah warm you,
The moment you trip and fall, let His rahmah catch you.
The moment you're lost in the dark, let His love be your light.
The moment you're eyes cannot see, let His love be your sight.
So dear friends, please never give up again,
Always muhasabah your heart, let His love remain.

Allah loves you, Allah loves us, all of us.
MashaAllah.

#positive all the way....always...