Saturday 4 May 2013

PRU-13

Esok 5.5.2013- Pilihanraya Malaysia ke-13

Biarlah kita mengundi dengan ilmu pengetahuan,bukan sekadar ikut-ikutan.

Semoga Malaysia selamat dunia dan akhirat kerana kejayaan yang sebenarnya bukanlah Wawasan Negara

Wawasan kita semua seterusnya adalah Alam Barzakh dan Alam Akhirat.Inilah wawasan kita semua.

Berabislah kamu semua berlakon di atas tanah jajahan Allah SWT di atas janji-janji manis kalian.Sesama muslim pun bertelingkah, sedangkan soalan bocor Kubur , " Siapa Saudaramu?" berdusta kita selama ini.

Pilih lah dengan bijak dan terbaik

apa jua keputusan esok hari penentu siapa yang menang, kita terima lah dengan hati terbuka dan redha seikhlas hati.

Kita sama-sama doakan pemimpin tersebut dapat memimpin negara ini dengan bijak, adil dan penuh tanggungjawab.

# mulakan dengan bismillahirahnirrahim dan pangkah di kotak yang betul untuk mengelakkan undi rosak  kerana undi anda amatlah berharga....

slogan 'ini kali lah' , 'Tatap', 'Bulan hijau'


Tulis nasihat 'nasihat' di fb/twitter/blog bukan bermakna orang itu sempurna. Kadang-kadang dia nasihat untuk diri dia sendiri.

Begitu juga orang yang buat status 'gembira'. Kadang-kadang bukan bermakna dia gembira.tapi dia cuba untuk menenangkan dukacitanya di hati.

------------------------------------------------------

Pejam mata, buka dan biarkan jari jemari menulis ikut gerak hati. Letakkan perasaan dalam penulisan moga yang membaca akan terkesan ;-)

za~

Ketidaksempurnaan





Di saat terakhir, akan adakah hal-hal kecil seperti ini yang akan kita ingat
'ketidaksempurnaan' kecil yang membuatya menjadi sempurna bagi anda.
kita tidak pernah tahu sampai bila
pasangan kita dapat menemani kita...
jika kita masih diberi kesempatan
untuk berdua.....
cintailah,
hargailah,
dan bersyukurlah 
untuk anugerah terindah
dalam hidup anda

Allah memberkati pernikahan anda...

-----------------------------------------------------

Sebelum kita mengenali seseorang itu, kita nampak segalanya indah tentang dia, tapi selepas kita mengenalinya lebih lama, baru lah kita nampak kekurangannya. Namun seorang yang mencintai dengan tulus ikhlas, tidak akan memandang kelemahan itu, sebaliknya mencintainya lebih untuk melengkapi kekurangan bersama.....

za~