Sunday 31 March 2013

ku tak pantas di Syurga



Sudah terlalu banyak
Dosa yang aku lakukan
Tuhan ampuni aku

Berlinang air mata
Bila ku sebut nama-Mu
Tuhan bergetar hatiku

Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Beri aku kesempatan
‘Tuk menjadi yang lebih baik

Andaikan saja waktu
Dapat ku putar kembali
Aku ingin di dekat-Mu

Betapa pedih siksa
Yang telah Engkau janjikan
Tuhan maafkanlah aku

Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu

# Tuhan ampuni aku....Berlinang air mata,Bila ku sebut nama-Mu, Tuhan bergetar hatiku..... :'(





LANGIT ILAHI

picture by Umar Mita

Andai mendongak LANGIT
adakah itu tandanya sombong dan lupa diri ?
Tiadakah di sana kasih ILAHI yang dicari ?
LANGIT ILAHI - di sini kasih terpatri !

Kita hakikatnya berada di bawah LANGIT ILAHI. Kita berada di bawah naungan-Nya, setiap masa, setiap saat, setiap detik. Kembali kepada Allah, barulah kita akan terlepas dari segala kecelaruan yang mengikat jiwa kita hari ini. Kembali kepada Allah, barulah kebahagiaan yang sebenar itu akan kita kecapi.

Bersama-sama kita muhasabah, berkongsi, berfikir dan audit diri. 

Mari kita teliti kehidupan kita ! :')



Nampak Seronok Bagaimanapun Ini Tanggungjawab


Ramai teruja dengan perkahwinan kerana di 'sasau' kan oleh perasaan. Cinta, apabila disalah tafsir menggunakan tafsiran keduniaan, tafsiran Hollywood dan sebagainya, hanya menunjukkan perkara yang melibatkan perasaan, keasyikan hati dan keindahan jiwa semata-mata, hingga menjemput lalai dan alpa.

Namun cinta yang sebenar, lebih daripada itu.

Maka, mereka yang memahami betapa besarnya peranan rumah tangga, tidak sesekali bersikap lewa dalam bercinta. Hal ini kerana, rumah tangga adalah barisan utama ke arah pembangunan ummah yang kuat. Justeru, suami berperanan sebagai pendidik kepada isteri dan anak-anak supaya menjadi ummah yang soleh dan solehah. Begitu juga isteri berperanan sebagai pendamping suami, mengukuhkannya, sentiasa mengingatkannya kepada Allah, dan mendidik anak supaya membesar menjadi hamba yang memahami Islam serta taat kepada Allah.

Pengurusan rumah tangga ini bukan semata-mata berdasarkan kewangan.

Kita yang perlu MEMBINA DIRI kita sendiri. Kita yang perlu berusaha. Kita yang perlu menimba ilmu dan menguatkan keimanan kita.

Ini antara tanggungjawab yang besar, namun sering dilupakan dan tidak pula ditekankan dalam sebarang kursus cinta dan perkahwinan.

#Persiapkan diri, Ini bukan permainan.........................

za~

Perubahan demi perubahan

Perubahan bermula apabila dalaman kita bersedia untuk memulakan sebuah perubahan itu. Beerti disini, perubahan secara lahiriah belum cukup kuat untuk menentukan perubahan itu bertahan lama, namun perubahan yang bermula dari sudut dalaman In Sha Allah akan membuatkan perubahan luar juga kuat untuk bertahan lama. Untuk siapakah perubahan itu kita lakukan? Pastikan bukan kerana siapa-siapa namun Allah semata-mata. Sedar tidak sedar kita semua pernah nakal sebenarnya, namun perasan tidak apabila kita berubah itu semua pemberian Allah...kerana apa? kerana ALLAH SAYANG KITA SEMUA DAN AKAN TETAP SAYANG HAMBANYA YANG BERUBAH KERANA-NYA...

Alhamdulillah..............

za~

Saturday 2 March 2013

akhirnya...i-city


I-City...taman warna warni lampu lip lap lip lap =)

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juda dengan kehidupan manusia, 
riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.
Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,
sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
[ Surah Al-Baqarah, 2 : 286]

za~