Sunday 31 March 2013

Nampak Seronok Bagaimanapun Ini Tanggungjawab


Ramai teruja dengan perkahwinan kerana di 'sasau' kan oleh perasaan. Cinta, apabila disalah tafsir menggunakan tafsiran keduniaan, tafsiran Hollywood dan sebagainya, hanya menunjukkan perkara yang melibatkan perasaan, keasyikan hati dan keindahan jiwa semata-mata, hingga menjemput lalai dan alpa.

Namun cinta yang sebenar, lebih daripada itu.

Maka, mereka yang memahami betapa besarnya peranan rumah tangga, tidak sesekali bersikap lewa dalam bercinta. Hal ini kerana, rumah tangga adalah barisan utama ke arah pembangunan ummah yang kuat. Justeru, suami berperanan sebagai pendidik kepada isteri dan anak-anak supaya menjadi ummah yang soleh dan solehah. Begitu juga isteri berperanan sebagai pendamping suami, mengukuhkannya, sentiasa mengingatkannya kepada Allah, dan mendidik anak supaya membesar menjadi hamba yang memahami Islam serta taat kepada Allah.

Pengurusan rumah tangga ini bukan semata-mata berdasarkan kewangan.

Kita yang perlu MEMBINA DIRI kita sendiri. Kita yang perlu berusaha. Kita yang perlu menimba ilmu dan menguatkan keimanan kita.

Ini antara tanggungjawab yang besar, namun sering dilupakan dan tidak pula ditekankan dalam sebarang kursus cinta dan perkahwinan.

#Persiapkan diri, Ini bukan permainan.........................

za~

No comments:

Post a Comment