Saturday 6 April 2013

DOA ARWAH IBU BAPA


Doa Untuk Arwah Ibu Bapa 

Hari ni rasanya ada satu perkara bagi pendapat saya baiknya dipanjangkan kepada umum..Mudahan ada gunanya juga nanti... 
- Sesungguhnya doa seorang anak soleh kepada arwah ibu bapanya adalah amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.

-Perkara ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Abu Hurairah yang bermaksud: 'Apabila mati Seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh. ' (Hadis riwayat Muslim).


-Tidak ada pemberian kepada ibu bapa yang paling berharga daripada selain ditunggu doa-doa dari seorang anaknya. Jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). 


Maksudnya : Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada roh ibuku
……… (Sebut nama ibu)………
Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari. Buatlah yang terbaik untuk mereka yang telah menjaga Mu dengan penuh kasih sayang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah.... Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin...... 
# kami, anak-anakmu merinduimu :'(
Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada  
roh ibuku Minah binti Ahmad
Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih
za~

No comments:

Post a Comment