Saturday 31 August 2013

SELAMAT HARI MERDEKA


SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA KE-56  !!!

Jiwa merdeka, jiwa yang tenang...
jiwa yang bebas dari mengharap penghargaan manusia, 
hanya mengharap keredhaan Pencipta.




Merdeka diri dari dibelenggu nafsu yang tidak jemu datang membelenggu. 
Itulah merdeka sebenar pada diri.



Kepada anggota-anggota keselamatan....
terima kasih kerana menjaga keselamatan negara dari dulu hingga sekarang.
Bagi mereka yang telah terkorban demi negara , mereka lah PERWIRA NEGARA
Semoga Allah sentiasa melindungi kita dimana saja berada





Semoga Allah terus memberikan kesejahteraan kepada kita semua.
Teruskan berdoa yang baik-baik ya

Jangan lupa berdoa untuk saudara-saudara kita yang hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan

#merdeka56  #MySyg  #pray4egypt





Tuesday 20 August 2013

Perasaan. Mana boleh dipaksa.
Biarkan terpendam dalam doa yang tersembunyi.
Sampai satu masa Allah akan tunjuk siapa lebih layak.



#teruskan berdoa :')

Friday 9 August 2013

Ramadhan Yang Hilang, Anugerah Syawal


Ramadan penuh nikmat kerana kita belajar berlapar dan menahan keinginan kerana Allah. 

Hari raya nikmat kerana janji Allah untuk keampunan. Kita mendapat nikmat yang tidak di sangka-sangka.




Ramai terlalu ghairah menanti Syawal hingga terlupa akan berlalunya Ramadhan. Aku suka Ramadhan. Tenang apabila menjelang malam. Ramadhan, terlalu ramai manusia berlumba-lumba menambah dan memperbaiki amalan. Alhamdulillah. Berharap ianya berterusan sampai akhir hayat. Di saat kita bergembira menikmati suasana hari raya, ingatlah pada mereka yang berduka, yang menyambut Syawal serba kekurangan. Salam Aidilfitri.





"Waktu paling seronok dan bahagia ialah apabila dapat meluangkan waktu bersama ahli keluarga."

Meriah,riuh,gelak ketawa bersama keluarga,pakcik, makcik, sepupu2 memang best gila2..hilang penat memanik 2,3 hari sebelum raya tidak tidur. Syukur alhamdulillah kesihatan amat baik raya kali ini...mata nada la jadi panda huhuhu

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua blogger dan blogging..... =)



raya ke2
hujan penuh rahmat...syukur alhamdullillah

mood: suka hujan


Saturday 3 August 2013

ROH DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum...
Hanya sekadar renugan di bulan Ramadhan
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, 

Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...

Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

 
Roh di Bulan Ramadhan 

Pagi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku mendengar satu majlis ilmu yang membincangkan tentang 

amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan 

roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini)..

menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk 

kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang 

adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. 

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di 

penjara di Luh Mahfuz.


Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk 

melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka 

mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah 

untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan 

mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh 

mereka2 yang masih hidup.


Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. 

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah 

bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.


Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada 

kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus 
ia semua 
hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. 

# andaiku ada mama lagi...ingin sekali ku ucapkan...
"Izinkan aku menjadi hati mu mama, agar saat engkau merasakan kesedihan, aku lebih dahulu merasakannya"

Al-Fatihah~

Saturday 27 July 2013

terima seadanya

Setiap orang ada sisi gelapnya. Setiap orang ada masa silam yang tidak bergemerlapan. Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Itu tandanya kita manusia biasa. Kesilapan akan tetap menghampiri kita. Kesalahan akan terus menghantui kita. Tetap ingat. Setiap manusia boleh berubah. Malah boleh berubah ke arah yang terbaik. Jika kita terlalu memandang masa silamnya yang kelam, kita tidak akan nampak sinarnya hari ini. Lupakan kisahnya yang lalu, lihatlah dia pada hari ini. Itu yang membezakan kita.

Photo: “And He [Allah] found you lost, and guided [you]” [Ad-Dhuha, 93:7]

I was very inspired by this verse from the Quran so I grabbed my Colour Pastels & Sketchbook and made this.

The moment you are freezing cold, let His rahmah warm you,
The moment you trip and fall, let His rahmah catch you.
The moment you're lost in the dark, let His love be your light.
The moment you're eyes cannot see, let His love be your sight.
So dear friends, please never give up again,
Always muhasabah your heart, let His love remain.

Allah loves you, Allah loves us, all of us.
MashaAllah.

#positive all the way....always...

Degup Jantung Kita



Melalui pembacaan saya, para saintis telah berpendapat dan membuktikan bahawa bunyi degupan jantung ialah 'lup dup'. Namun ada juga analisis baru yang mengatakan bunyi yang terhasil ialah 'rub rub'. 

'Rub' menurut bahasa Arab bererti Tuhan, Pencipta, iaitu sesuatu yang mencipta setiap satu dan segala-galanya. Dan sesungguhnya, pencipta atas segala ciptaan adalah tidak lain tidak bukan, Allah SWT.

Justeru, dari awal kehidupan kita lagi, setiap degupan jantung kita adalah zikir yang terus menyebut nama Allah.

Allah..Allah..Allah.


Photo: Melalui pembacaan saya, para saintis telah berpendapat dan membuktikan bahawa bunyi degupan jantung ialah 'lup dup'. Namun ada juga analisis baru yang mengatakan bunyi yang terhasil ialah 'rub rub'. 

'Rub' menurut bahasa Arab bererti Tuhan, Pencipta, iaitu sesuatu yang mencipta setiap satu dan segala-galanya. Dan sesungguhnya, pencipta atas segala ciptaan adalah tidak lain tidak bukan, Allah SWT.

Justeru, dari awal kehidupan kita lagi, setiap degupan jantung kita adalah zikir yang terus menyebut nama Allah. 

Allah..Allah..Allah.

Soalan saya, dalam pada masa jantung kita sedang terus menerus berdegup berzikir menyebut nama Sang Rabbi, bagaimana kita tegar untuk terus melakukan kemungkaran?

Tak malu kah kita?

 Oleh itu, jadikanlah ini sebagai sesuatu 'constant reminder' untuk kita menjadi hamba yang lebih beriman. InshaAllah



















Soalan saya, dalam pada masa jantung kita sedang terus menerus berdegup berzikir menyebut nama Sang Rabbi, bagaimana kita tegar untuk terus melakukan kemungkaran?

Tak malu kah kita?

Oleh itu, jadikanlah ini sebagai sesuatu 'constant reminder' untuk kita menjadi hamba yang lebih beriman. InshaAllah


# pejamkan mata, letakkan tangan di dada dan...hayati lah degup jantung kita. Setiap kali kita menyebut nama Allah, ada ketenangan pelik akan meresap :')

bila kita lupa dia

Bila kita kehilangan sesuatu yg bernilai seperti duit,
handfone, ipad, pada masa tu akan rasa kelam kabut, sedaya upaya otak cuba nak ingatkan balik mana barang tu

Tapi bila kita dh usaha, tapi tak dpt juga, satu perkara yg kita kena belajar, jgn salahkan takdir, tetapi belajar menerima takdir, mungkin ada perkara yg salah kita buat sebelum ni..mungkin kita terlalu busy kan diri smpai lupa kepada si dia..

Allah mahu beri kemewahan untuk uji hambanya, tapi Allah juga boleh tarik rezeki tu bila2 masa sahaja..

Friday 5 July 2013

pantun-pantun kadayan

Nulis dalam Bahasa Kadayan dalam blog anie bukannya sanang. Mbuat pantun anie amun inda baapa biaksa, inda sanang.Tagal-tagal mamacul, tagal-tagal mamacul, capat hantap mbuat pantun, banaa tah ka uja dangan amun sudah babakat atu, yang payah pun jadi sanang.

anitah koleksi pantun yang paanah ku antang kan di Komuniti Kadayan Sejagat ( Inda Majal Inda Luih) http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/search/label/Pantun-pantun Kadayan


damit2 si daun pandan
dapat jua pembungkus nasi
damit2 anak kadayan
dapat juan penghibu ati

labu aing dibuat pangat
kamanyan beasap dibuat penjampi
di tapuk bantal manggil samangat
minta bejumpa didalam mimpi

langkung2 kutin dipupuh
mari dipupuh si kala kati
patah hatiku inda betampuh
ingatkan uwang disyg beubah ati...

kulimambang hantap laju pusingnya
telabih pusing masuk ke aing
kaang ani mncaei yg usai hantap payahnya
dpt sdah bpunya tia pulang

rama2 kuntut inkungnya
menari2 sambil nyiuk bunga
mun paut maladus 3 bininya
bepikir jua ku memilih kadidia

menanam lada d dlm pasu
lada dtanam besama pegaga
nada yg mau jd ke2 tmasuk kadiaku
mun sdh jodoh apa jua gaya

apa ulah menganyam nyiru
dihalitang di haunjur akan
mun smpai betaik ambut nada ku mau
baiktah ku beundu mcaei yg lain

ukan bekasih smpai menuut asa
ani tah kebahagiaan yg kan dirasa
soal jodoh dtatapkan Yang Maha Esa
katani berusaha salabihnya bsarah tah saja...

katani hidup bebudi bahasa
alus menawan bahasa kadayan
semuga KKS dikenali seluuh dunia
sama2 tah katani martabatkannya sebais bahasa lain

ka bakau mencaei lukan
loreh jua seekong lauk bakulan
muga2 2009 ditinggalkan panuh kerahmatan dan kebarkatan
tampuhi 2010 panuh kayakinan dan keazaman

maei tah kita beramu makan ambuyat
makan becacah balacan gan mambangan
jan tah supan jan tah galat
diKKS katani bedudun sambil beibun

buah ambai buah ambutan
cucur tibadak sadap jua asanya
salamat tahun bahauu buat padian2
smuga 2010 ada sinar gembira dan bahagia

Rawatan Islam bagi yang sakit kepala (migrain)

Assalammualaikum....Salam jumaah mubarakah...

lamanya x update blog...rutin seharian adakalanya membuatkan masa kita terhad mahu merehatkan diri kan...
balik keja...fikiran mandi,masak,makan dan tidur..ulang dan ulang tetap sama hurmmmm

otak jadi pusing kepala jadi pening...maka timbul la STRESS. arghhhhhhh keja x la byk tp kurang rehat...kurang meditasi...

apapun mari kita berkongsi Rawatan Islam bagi sakit kepala (migrain)






sama-sama kita amalkan...sharing is caring via loving

duduk bersila....pejam mata....dan ...bacalah......in sha Allah

AL-FATIHAH ( 1 kali )




AYATUL KURSI ( 3 KALI )


  

 AL-IKHLAS ( 3 KALI )

 
AL-FALAQ (1 KALI )





 
 
AN-NAS (1 KALI )




 
 
SURAH YASSIN AYAT 58 ( 3 KALI )

" Salamun Qaulammirobbirohim)






 
SELAWAT KE ATAS NABI SAW ( 3 KALI )



 
 Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit. Yang paling penting ialah keyakinan, penyerahan dan tauhid pada Allah s.w.t
Allah yang Maha Penyembuh



Banyak berdoa, Hidup santai Banyak Istirehat dan Hindari Stress

# sabar, tarik nafas dan hembus.....alhamdullillah ^____^

Saturday 4 May 2013

PRU-13

Esok 5.5.2013- Pilihanraya Malaysia ke-13

Biarlah kita mengundi dengan ilmu pengetahuan,bukan sekadar ikut-ikutan.

Semoga Malaysia selamat dunia dan akhirat kerana kejayaan yang sebenarnya bukanlah Wawasan Negara

Wawasan kita semua seterusnya adalah Alam Barzakh dan Alam Akhirat.Inilah wawasan kita semua.

Berabislah kamu semua berlakon di atas tanah jajahan Allah SWT di atas janji-janji manis kalian.Sesama muslim pun bertelingkah, sedangkan soalan bocor Kubur , " Siapa Saudaramu?" berdusta kita selama ini.

Pilih lah dengan bijak dan terbaik

apa jua keputusan esok hari penentu siapa yang menang, kita terima lah dengan hati terbuka dan redha seikhlas hati.

Kita sama-sama doakan pemimpin tersebut dapat memimpin negara ini dengan bijak, adil dan penuh tanggungjawab.

# mulakan dengan bismillahirahnirrahim dan pangkah di kotak yang betul untuk mengelakkan undi rosak  kerana undi anda amatlah berharga....

slogan 'ini kali lah' , 'Tatap', 'Bulan hijau'


Tulis nasihat 'nasihat' di fb/twitter/blog bukan bermakna orang itu sempurna. Kadang-kadang dia nasihat untuk diri dia sendiri.

Begitu juga orang yang buat status 'gembira'. Kadang-kadang bukan bermakna dia gembira.tapi dia cuba untuk menenangkan dukacitanya di hati.

------------------------------------------------------

Pejam mata, buka dan biarkan jari jemari menulis ikut gerak hati. Letakkan perasaan dalam penulisan moga yang membaca akan terkesan ;-)

za~

Ketidaksempurnaan





Di saat terakhir, akan adakah hal-hal kecil seperti ini yang akan kita ingat
'ketidaksempurnaan' kecil yang membuatya menjadi sempurna bagi anda.
kita tidak pernah tahu sampai bila
pasangan kita dapat menemani kita...
jika kita masih diberi kesempatan
untuk berdua.....
cintailah,
hargailah,
dan bersyukurlah 
untuk anugerah terindah
dalam hidup anda

Allah memberkati pernikahan anda...

-----------------------------------------------------

Sebelum kita mengenali seseorang itu, kita nampak segalanya indah tentang dia, tapi selepas kita mengenalinya lebih lama, baru lah kita nampak kekurangannya. Namun seorang yang mencintai dengan tulus ikhlas, tidak akan memandang kelemahan itu, sebaliknya mencintainya lebih untuk melengkapi kekurangan bersama.....

za~


Sunday 14 April 2013

Seseorang yang istimewa.. Bukanlah yang selalu di depan mata dan bukan juga yang selalu di sisi kita.. Tetapi dia yang setia di hati dan mengingat kita pada setiap bisikan doanya..

Dan salah satu doa yang diijabah adalah doa yang kita panjatkan untuk orang lain namun orang yang kita doakan tersebut tidak mengetahui kita mendoakannya..
Subhanallah...

~Seseorang tidak akan mengerti kedudukan suatu nikmat kecuali
dia berada dalam keadaan yang berlawanan dengan nikmat itu. Dan tidak akan terhibur seseorang yang di timpa dugaan kecuali dia mengetahui ada orang lain yang di timpa dugaan sepertinya~

Saturday 6 April 2013

KAIFIAT MEMBACA SURAH YASSIN DAN BESERTA DOA

Surah Yasin merupakan surah ke-36 dalam kitab suci Al Quran. Surah Yasin termasuk Surah Makiyyah yang ertinya surah yang diturunkan di Mekah.. . Ayat-ayat tersebut diturunkan sebelum Rasulullah SAW hijrah ke Madinah. 
Kebanyakan orang selalunya membaca surah Yasin pada 
1.Setiap malam jumaat
2.Memulakan atau menutup majlis ta’lim
3. Ketika ada atau setelah kematian
4.Tahlil arwah
5.Sambut tahun baru
6.Majlis doa selamat
7.Selepas Solat Hajat terutama menjelang peperiksaan sekolah 

Kelebihan membaca Surah Yasin ini adalah:
“Barangsiapa membaca surah Yasin, sampai pada ayat ‘Iz JAA aHal mursaluun’ berdoa memohon kepada Allah, maka dikabulkan permohonannya.”
(Isnad sahih diriwayatkan dari Abu Bakar dan Ibnu Abbas r.a.)
 
-Keampunan
-Keredhaan.
-Cepat sembuh.
-Panjang umur.
-Tunai hajat.
-Hindari gangguan makhluk halus.
-Mudah hadapi sakaratul maut.
-Apa-apa pun…. Harus di ingatkan membaca Surah Yassin harus semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH SWT. Karena hanya pada-Nya jualah kita dapat memperoleh segala yang kita inginkan baik di dunia maupun diakhirat. Insya Allah yang selalu membaca Yasin senantiasa memperoleh kebaikan.

Dimulai dengan membaca Surah AL FATIHAH 1 KALI didalam keadaan berwuduk, serta tertib dan tartil, mengikut hukum tajwidnya. 


Dibaca pula  SURAH AYAT KURSI SEBANYAK 1 KALI




BERSELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD SAW BERSERTA PARA AHLI KELUARGA DAN SAHABAT SAHABATNYA SEBANYAK 11 KALI

MEMBACA SURAH YASSIN 1-83 AYAT
Dan selepas selesai membaca Yassin, bacalah surah-surah berikut:

  SURAH AL FIIL DIBACA SEBANYAK 1 KALI
 
SURAH AL IKHLAS SEBANYAK 1 KALI
SURAH AL FALAQ SEBANYAK 1 KALI 
SURAH AN NAAS SEBANYAK 1 KALI 
SURAH AL INSYIRAH SEBANYAK 1 KALI 
SURAH AL QADR SEBANYAK 1 KALI 
 

Dan setelah itu bacalah DOA SURAH YASSIN 




DOA ARWAH IBU BAPA


Doa Untuk Arwah Ibu Bapa 

Hari ni rasanya ada satu perkara bagi pendapat saya baiknya dipanjangkan kepada umum..Mudahan ada gunanya juga nanti... 
- Sesungguhnya doa seorang anak soleh kepada arwah ibu bapanya adalah amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.

-Perkara ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Abu Hurairah yang bermaksud: 'Apabila mati Seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh. ' (Hadis riwayat Muslim).


-Tidak ada pemberian kepada ibu bapa yang paling berharga daripada selain ditunggu doa-doa dari seorang anaknya. Jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). 


Maksudnya : Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada roh ibuku
……… (Sebut nama ibu)………
Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari. Buatlah yang terbaik untuk mereka yang telah menjaga Mu dengan penuh kasih sayang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah.... Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin...... 
# kami, anak-anakmu merinduimu :'(
Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada  
roh ibuku Minah binti Ahmad
Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih
za~

Sunday 31 March 2013

ku tak pantas di Syurga



Sudah terlalu banyak
Dosa yang aku lakukan
Tuhan ampuni aku

Berlinang air mata
Bila ku sebut nama-Mu
Tuhan bergetar hatiku

Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Beri aku kesempatan
‘Tuk menjadi yang lebih baik

Andaikan saja waktu
Dapat ku putar kembali
Aku ingin di dekat-Mu

Betapa pedih siksa
Yang telah Engkau janjikan
Tuhan maafkanlah aku

Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu

# Tuhan ampuni aku....Berlinang air mata,Bila ku sebut nama-Mu, Tuhan bergetar hatiku..... :'(





LANGIT ILAHI

picture by Umar Mita

Andai mendongak LANGIT
adakah itu tandanya sombong dan lupa diri ?
Tiadakah di sana kasih ILAHI yang dicari ?
LANGIT ILAHI - di sini kasih terpatri !

Kita hakikatnya berada di bawah LANGIT ILAHI. Kita berada di bawah naungan-Nya, setiap masa, setiap saat, setiap detik. Kembali kepada Allah, barulah kita akan terlepas dari segala kecelaruan yang mengikat jiwa kita hari ini. Kembali kepada Allah, barulah kebahagiaan yang sebenar itu akan kita kecapi.

Bersama-sama kita muhasabah, berkongsi, berfikir dan audit diri. 

Mari kita teliti kehidupan kita ! :')



Nampak Seronok Bagaimanapun Ini Tanggungjawab


Ramai teruja dengan perkahwinan kerana di 'sasau' kan oleh perasaan. Cinta, apabila disalah tafsir menggunakan tafsiran keduniaan, tafsiran Hollywood dan sebagainya, hanya menunjukkan perkara yang melibatkan perasaan, keasyikan hati dan keindahan jiwa semata-mata, hingga menjemput lalai dan alpa.

Namun cinta yang sebenar, lebih daripada itu.

Maka, mereka yang memahami betapa besarnya peranan rumah tangga, tidak sesekali bersikap lewa dalam bercinta. Hal ini kerana, rumah tangga adalah barisan utama ke arah pembangunan ummah yang kuat. Justeru, suami berperanan sebagai pendidik kepada isteri dan anak-anak supaya menjadi ummah yang soleh dan solehah. Begitu juga isteri berperanan sebagai pendamping suami, mengukuhkannya, sentiasa mengingatkannya kepada Allah, dan mendidik anak supaya membesar menjadi hamba yang memahami Islam serta taat kepada Allah.

Pengurusan rumah tangga ini bukan semata-mata berdasarkan kewangan.

Kita yang perlu MEMBINA DIRI kita sendiri. Kita yang perlu berusaha. Kita yang perlu menimba ilmu dan menguatkan keimanan kita.

Ini antara tanggungjawab yang besar, namun sering dilupakan dan tidak pula ditekankan dalam sebarang kursus cinta dan perkahwinan.

#Persiapkan diri, Ini bukan permainan.........................

za~

Perubahan demi perubahan

Perubahan bermula apabila dalaman kita bersedia untuk memulakan sebuah perubahan itu. Beerti disini, perubahan secara lahiriah belum cukup kuat untuk menentukan perubahan itu bertahan lama, namun perubahan yang bermula dari sudut dalaman In Sha Allah akan membuatkan perubahan luar juga kuat untuk bertahan lama. Untuk siapakah perubahan itu kita lakukan? Pastikan bukan kerana siapa-siapa namun Allah semata-mata. Sedar tidak sedar kita semua pernah nakal sebenarnya, namun perasan tidak apabila kita berubah itu semua pemberian Allah...kerana apa? kerana ALLAH SAYANG KITA SEMUA DAN AKAN TETAP SAYANG HAMBANYA YANG BERUBAH KERANA-NYA...

Alhamdulillah..............

za~

Saturday 2 March 2013

akhirnya...i-city


I-City...taman warna warni lampu lip lap lip lap =)

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juda dengan kehidupan manusia, 
riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.
Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,
sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
[ Surah Al-Baqarah, 2 : 286]

za~

Friday 15 February 2013





Di saat mendengar paluan kompang..
kadang-kadang hati jadi sebak memikirkan nasib diri...
entah bila dan berapa lama harus menunggu,
bila dikenang-kenang airmata pasti mengalir..
Sememangnya orang yang berkahwin dapat banyak pahala,
tetapi kita yang bujang,jangan mengalah....
selagi masih ada ibu bapa..
berbaktilah kerana di situ syurga kita ...
di situ ada doa paling mustajab,
di situ Allah akan perkenankan doa....

Allahu Rabbi...sesungguhnya Engkau mengetahui segalanya
pasti ada hikmah yang tersembunyi :'(

# seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku >_< 

za~

Saturday 26 January 2013

ku merindui mu......

Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya
kita belajar untuk meletakkan kebergantungan 
hanya kepada ALLAH...

Kunci berterusan dalam perubahan ke arah kebaikan
adalah senantiasa mengingati kematian

Setahun sudah pemergian ibu tersayang,..
Ya Allah Ya Rahim...
Engkau cucurilah rahmat ke atas rohnya dan 
ampunilah segala dosa-dosanya,kami serta muslimin dan muslimat
Tempatkan lah dia dikalangan orang-orang yang beriman.
Lindungilah kami anak-anaknya dan pimpinlah kami
ke jalan yang Kau Redhai...amin


AL-Fatihah....